Sedikit tips yang boleh saya share bagi memudahkan pernerbangan bersama anak kecil. Anak saya berumur 6.5 bulan semasa menaiki penerbangan MAS, MH052 dari KL ke Osaka yg mengambil masa 6 jam.
Tips Travel Bersama Bayi Seorang Diri
1. Book semua kemudahan yang ade utk bayi anda yang disediakan oleh syarikat penerbangan.
Untuk penerbangan MAS, ada disediakan bassinet & infant food. Call syarikat penerbangan untuk membuat reservation selewat-lewatnya 2 hari sblm penerbangan. Lebih awal lagi bagus.
2. Pilih seat yg berdekatan dengan toilet & pintu keluar.
Tak perlu jalan jauh utk cari seat. Utk yg guna bassinet, pastikan seat boleh letak bassinet di depan ye! Seat saya 11C, memang betul2 depan pintu, dekat ngan toilet & dekat dengan cabin crew. Senang untuk cabin crew bagi special treatment untuk kita.
| Tidur dlm bassinet |
3. Digalakkan anda menggunakan baby carrier berbanding stroller.
Pada hari kejadian, saya guna stroller. Memang mudah sebab tolak stroller smpi depan pintu masuk kapal terbang..tapi azabnye bila nak tolak trolley luggange sorang2 bila dh sampai osaka. camne nk tolak trolley ngan stroller skali??? Mase tu yg perlukan bantuan org utk pegang anak sementara nak letak stroller di trolley dan tukar anak dukung guna baby carrier.
4. Gunakan satu bag pack atau sling bag untuk isi semua barang keperluan bayi.
Make sure ade toys, baju tukar, diapers, tuala, handkerchief. Susu jgn lupe bagi bayi yg x menyusu badan. Anak sy breastfeed lg..so sy bw nursing cover shj & puting (utk saat kritikal) utk sumbat klo die melalak dlm bassinet.
5. Bawa bilangan luggage seminima yg boleh.
Disarankan bawa hanya satu beg yg sgt besar. Saya bw 2 beg..so agak jenuh jugak. Sampai je di airport saya post satu beg besar ke alamat tempat tinggal. ( Bagusnya jepun ni, sistem courier dia mmg efficient)
6. Jangan bagi anak tido sebelum berlepas.
Supaya anak tidur sepanjang dalam flight. Cara ni nak memudahkan mak dia. Bila anak penat lepas susu akan terus tido. Kita pon boleh rehat. Anak saya tak tidur seharian, duk lawan mata sebab terlalu excited jumpa ramai orang.
7. Minta jasa baik pramugari/a pegangkan anak sekejap.
Masa makan pramugari tu offer nak pegang anak sebab anak tak tidur dan sibuk nak kacau makanan. mungkin ade mak yang rela tak makan. tapi sebab saya ni kuat makan..saya nak makan jugak. Cuma perlu bertimbang rasa la..cepat2 la makan, pramugari tu banyak keje lain gak. Alhamdulillah anak tak takut orang, so memang dia suka je pramugari tu dukung.
8. Berbaik dengan penumpang sebelah.
Jangan la sombong dengan orang sebelah. Saya awal2 minta maaf sebab mgkin anak ni mengganggu dia dlm flight nanti. Alhamdulilah..mula2 flight orang sebelah ketat..last2 ada gak dia tolong ambilkan barang-barang yang anak baling sana-sini.
9. Sentiasa senyum.
Ni paling penting, in case anak kita bising dan mengganggu penumpang..senyuman dapat melembutkan hati mereka. So senyumlah seikhlas yg mgkin, walaupun ia agak sukar sbb kita kepenatan dan serabut dengan keletah anak.
Moga tips ini banyak membantu mama-mama yang nak travel jauh-jauh ni ye.
Selamat melancong!
Selamat melancong!





